Nama saya Ina, apa yang ingin saya ketengahkan adalah kisah saya yang telah saya alami hngga ke saat ini, saya sudah berumahtangga selama 2 tahun lebih, tapi perkahwnan saya dan suami hampir terpisah disebabkan perbuatan dan permainan ibu mentua saya, selama 2 tahun saya bergelar sebagai seorang isteri, tetapi hidup saya dipenuhi dengan fitnah yang telah orang rekakan dan cerita yang tidak pernah terjadi disampaikan kepada keluarga suami saya.
hingga ke saat ini saya belum lagi dikurniakan cahaya mata, kerana disebabkan perbuatan ibu mentua saya. Apa yang telah disampaikan dari Pak Haji (seorang tukang ubat), dia katakan bahawa ibu mentua saya ada memlihara polong dan ada menyimpan saka, bukan saja Pak Haji ni katakan begini, saya pergi berubat di tempat lain, mereka pun katakan yang sama. Saya pernah hamil selama 3 kali, tapi kandungan saya hilang begitu saja dari permulaan hingga ke akhir. Saya gunakan alat pemeriksaan kehamilan,dan ujian tu positif, tapi bila suami saya bawa saya ke KKH, doktor mengesahkan bahawa ujian saya adalah negatif tapi perut saya semakin hari semakin membesar. 3 kali ia berlaku hinggakan saya hampir setengah gila dibuatnya.
Apa yang tukang ubat katakan pada saya, selagi saya terikat dengan permainan ibu mentua saya, selagi itulah saya tidak boleh hamil, ini kerana barang peliharaannya mengambil kandungan saya. Bukan saja ini yang berlaku, ada kalanya bila saya bangun tidur, badan saya dipenuhi dengan lebam2. Dipendekan cerita, hingga ke saat ini hubungan saya dan suami tidak begitu baik dan mesra hinggakan suami saya ingin melepaskan saya buat selamanya, saya telah pun berubat di banyak tempat, ada Pak Haji dan ada juga ustaz, tapi mereka semua katakan yang sama, bahawa ibu mentua saya inginkan saya dan suami berpisah dan suami saya pun sudah terkena dengan perbuatan ibunya.
Saya mohon pada ibu mentua saya, hentikanlah segala perbuatannya dan saya minta padanya janganlah memusnahkan rumahtangga yang telah saya bina selama 2 tahun, kerana saya amat menyintai suami saya walaupun perhubungan kami tidak begitu mesra...