Nama saya fi. Kawasan sekolah saya ni, pada dahulunya merupakan tapak tanaman kelapa sawit. Tapi telah dibangunkan dan kini menjadi sebuah kawasan perindustrian yang mewah. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas, di waktu petang, selepas waktu Asar. Saya ada mendengar segelintir ustazah mengatakan, selepas waktu Asar, tidak digalakkan pergi ke tempat yang sunyi, kerana "benda" ini suka tempat macam tu selepas waktu Asar. Tetapi, saya tidak tahu lah, sama ada betul ataupun tidak. Kerana kita semua tahu bahawa benda tu sendiri wujud.
Apabila saya dan seorang kawan saya ke makmal tingkat 2, saya melihat di setiap bilik, tiada rakan kelas kami. Jadi, kami sangka mereka berada di makmal tingkat 3, ataupun tingkat 1. Jadi, kami pun jalan sehingga ke hujung makmal tingkat 2 tersebut. Di situ terdapat tangga yang mana kita boleh turun dan naik ke makmal yang lain. Apabila sedang hendak naik tangga untuk ke tingkat 3, saya ternampak seperti kasut orang naik ke atas. Saya ingat itu kawan saya yang tiga orang tadi yang berada di koridor tadi. Tetapi, apabila saya dan kawan saya sampai di tingkat 3, kami menoleh, kanan, dan kiri. Kami terkejut, TIADA SIAPA PUN YANG ADA DI SITU...!!! Kosong, sunyi. Tiba tiba, kedengaran pintu terhempas kuat sangat. Padahal, di situ tiada siapa pun. Angin tak ada, apa pun tak ada. Tiba-tiba bunyi pintu terhempas kuat. Lalu, kami kelam-kabut turun dari situ melalui tangga yang kami naik, dan kami turun hingga ke tingkat 1. Dan akhirnya kami terjumpa kelas kami. Saya tanya kepada kawan saya, "Eh, kau nampak ke?" dan dia menjawab, "Ya..." Saya sangkakan saya seorang sahaja yang nampak kelibat tapak kasut "orang" naik ke atas tadi, rupanya dia pun nampak.
Apabila hendak pulang, saya dan kawan saya, bertanya kepada guru. Dan kemudian guru kami menjawab, "Tu lah, kat kawasan ni, jangan main-main lagi pada waktu macam ni. Memang benda tu ada..." Saya pun sendiri pernah mendengar cerita, kadang-kadang, ada murid yang terkena histeria. Sekian sahaja kisah saya. Terima kasih, dan selamat malam.